Ringkasan Metodologi Studi Islam


طريقة طلب العلم باختصار


للعلامة الأصولي محمد بن صالح العثيمين -رحمه الله.


💥سئل الشيخ رحمه الله تعالى: ما طريقة طلب العلم باختصار جزاكم الله خيرا ؟فأجاب بقوله: طريقة طلب العلم باختصار في نقاط:


احرص على حفظ كتاب الله تعالى، واجعل لك كل يوم شيئا معينا تحافظ على قراءته، ولتكن قراءته بتدبر وتفهم، وإذا عنت لك فائدة أثناء القراءة فقيدها.


احرص على حفظ ما تيسر من صحيح سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم، ومن ذلك حفط عمدة الأحكام.


احرص على التركيز والثبات بحيث لا تأخذ العلم نتفا، من هذا شيئا، ومن هذا شيئا؛ لأن هذا يضيع وقتك ويشتت ذهنك.


ابدأ بصغار الكتب وتأملها جيدا، ثم انتقل إلى ما فوقها، حتى تحصل على العلم شيئا فشيئا على وجه يرسخ في قلبك، وتطمئن إليه نفسك.


احرص على معرفة أصول المسائل وقواعدها، وقيد كل شيء يمر بك من هذا القبيل فقد قيل: “من حُرِمَ الأصول حُرِمَ الوصول”.


ناقش المسائل مع شيخك، أو مع من تثق به علما ودينا من أقرانك، ولو بأن تقدر في ذهنك أن أحدا يناقشك فيها إذا لم تكن المناقشة مع من سَمَّيْنَا.


[من: «كتاب العلم ص 92»].


لفضيلة الشيخ: العلامة محمد بن صالح العثيمين -رحمه الله.

Penerangan tentang cara menuntut ilmu secara ringkas oleh Ash-Syaikh Muhammad bin Sholeh Al ‘Uthaimeen rohimahulloh ta'ala:

Asy-Syaikh rahimahullah telah ditanya: Apakah cara cara menuntut ilmu secara ringkas? semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan.

Maka Asy-Syaikh pun menjawab dengan:


“Cara cara menuntut ilmu secara ringkas dapat dibahagikan kepada beberapa point:

1. Bersungguh sungguhlah kamu dalam menghafal Kitab Allah ta’ala. Dan tetapkanlah pada setiap hari kamu sesuatu daripada Al Quran untuk kamu membacanya. Dan hendaklah bacaan kamu itu disertai dengan tadabbur serta pemahaman.

2. Bersungguh sungguhlah kamu dalam menghafal apa yang telah Allah mudahkan buat kamu daripada sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang sahih. Dan diantaranya adalah dengan menghafal ‘Umdatul Ahkam.

3. Bersungguh sungguhlah kamu dalam fokusisasi perhatian dan tetap (pada suatu pelajaran). Janganlah kamu mengambil ilmu dengan cara memetik, daripada ini sedikit, daripada itu sedikit kerana ini akan membuang waktu kamu dan menyusahkan fikiran kamu.

Mulailah dengan kita kitab yang kecil dan perhatikannya dengan baik, kemudian pindahlah kepada kitab yang di atasnya, sehingga kamu mendapatkan ilmu itu sedikit demi sedikit dalam keadaan hati kamu dapat menguasainya sedang jiwa kamu berasa tenang.

4. Bersungguh sungguhlah dalam mengenal asas asas permasalahan dan kaedah kaedahnya dan kaitkanlah apa yang telah kamu pelajari dengan asas dan kaedah masing masing. Di sana terdapat pepatah yang mengatakan:

“Barangsiapa yang tidak mempunyai asas asas maka dia tidak akan sampai (kepada maksudnya)”

5. Berbincanglah permasalahan permasalahan bersama guru kamu atau bersama teman kamu yang kamu percaya akan ilmu dan agamanya.

6. Dan pelajarilah Bahasa Arab, ia sangat sangat penting. Ia juga perkara asas didalam mempelajari ilmu Al Quran dan Al Hadith.

[Selesai terjemahan dengan sedikit perubahan yang tidak mengubah maksud untuk memudahkan pemahaman]

Sumber: Kitab Al ‘ilm karangan Asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh Al’ Uthaimeen rahimahullah. M/S: 92


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url